Wasiat Rasulullah
Wasiat Rasulullah
بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh : Abu Auzaie
Allah telah mengutuskan buat manusia akhir zaman rasulNya yang terakhir iaitu Muhammad صلى عليه وسلم. Baginda membawa petunjuk yang memandu manusia kepada kesejahteraan dan kebahagian untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Beruntunglah para sahabat yang sempat bersama baginda mengambil pedoman yang terkandung di dalam wahyu yang dibawa oleh baginda iaitu al-Quran dan Sunnah.
Bagaimana dengan generasi terkemudian seperti kita? Masih adakah cahaya yang ditinggalkan selepas kewafatan baginda? Sudah tentu. Allah mengutuskan baginda sebagai rahmat buat sekalian alam. firmanNya :
وما أرسلناك الا رحمة للعالمين
Maksudnya : dan tidak Aku utuskan kamu (nabi Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam” - Al-Anbiya’ 107
Sebagai seorang nabi yang sifatnya amat kasihkan kepada umatnya, inginkan kebaikan buat mereka dan tidak mahu kesusahan serta keburukan menimpa mereka sebagaimana firman Allah :
لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
Maksudnya : “telah datang kepada kamu seorang rasul yang sejenis dengan kamu, amat berat baginya perkara yang menyusahkan kamu, amat inginkan (kebaikan) buat kamu dan bersifat lemah lembut dan belas kasihan kepada orang-orang beriman”- At-Taubah 128.
…dengan sifat sebegini baginda tidak membiarkan umat baginda yang terkemudian terjerumus ke lembah kesesatan, teraba-raba mencari pedoman. Oleh itu baginda mewasiatkan kepada mereka supaya berpegang teguh dengan beberapa perkara :
- Al-Quran dan Hadis sebagaimana sabda baginda :
تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما : كتاب الله وسنتي
“aku tinggalkan pada kamu 2 perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selepas kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnahku” - lihat Soheh Jamie’ As-Shogrir karangan Al-Albani.
- Apabila berlaku perselisihan dikalangan umat Islam maka hendaklah mereka kembali kepada sunnah baginda dan kefahaman para sahabat sebagaimana sabda baginda :
انه من يعش منكم بعدى فسيرى اختلافا كثيرا , فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ
”sesungguhnya sesiapa yang hidup dikalangan kamu selepas ketiadaanku akan
melihat perselisihan yang amat banyak. Maka hendaklah kamu berpegang
dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalfah ar-rosyidin selepas aku.
Berpegang teguhlah dengan sunnah tersebut dan gigitlah ia dengan gigi
gerham”- lihat Silsilah Sohehah 938
- Umat baginda akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan iaitu orang-orang yang berada di atas cara baginda dan para sahabat. Sabda baginda :
وان أمتي ستفترق على ثلاث وسبعين ملة كلها فى النار الا واحدة , قيل : من هي يا رسول الله؟ قال: ما أنا عليه اليوم وأصحابي
“umat ini akan berpecah kepada 73 jalan (golongan). Kesemuanya akan memasuki neraka kecuali 1 golongan. Lalu dikatakan : siapakah mereka wahai rasulullah? Jawab baginda : orang yang berada di atas jalanku dan jalan sahabatku”- lihat Silsilah Sohehah 1/359
Wasiat-wasiat ini mengingatkan kita supaya mempelajari al-Quran dan Sunnah, berpegang teguh dengan isi kandungan kedua-duanya dan mengikuti jalan para sahabat dalam memahami al-Quran dan Hadis.
Oleh itu…..
Pegangan kita :
- Kitab Allah
- Sunnah Rasulullah
- Memahami kedua-duanya berdasarkan kefahaman salafus soleh. Mereka ialah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka.
والله الموفق
Last 5 posts in Aqidah
- Perayaan Maulid Rasulullah dalam Sorotan Islam - February 26th, 2010
- Pengertian Rukun Islam yang Pertama - November 29th, 2009
- Soal Jawab Aqidah-3 - March 14th, 2009
- Soal Jawab Aqidah-2 - February 28th, 2009
- Silsilah Soal Jawab Aqidah_1 - February 23rd, 2009
Tags: Wasiat Rasulullah