Soal Jawab Aqidah-2

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Soal Jawab Akidah (2)

Soalan : Bagaimana hamba-hamba mengetahui sesuatu perkara itu disukai oleh Allah dan Rasul-Nya?

Jawapan : Mereka mengetahui melalui pengutusan rasul dan penurunan kitab yang menyuruh kepada pekara yang disukai Allah dan diredhoi-Nya serta menegah perkara yang tidak disukai-Nya. Dengan kedatangan rasul dan penurunan kitab maka tertegaklah hujjah yang jelas dan zahirlah hikmah-Nya. Firman Allah :

رسلا مبشرين ومنذرين لئلا يكون للناس على الله حجة بعد الرسل

Maksudnya : “rasul-rasul yang membawa khabar gembira dan memberi peringatan supaya tiada lagi bagi manusia hujjah(alasan) selepas perutusan rasul”.-An-Nisa’ 165

Firman-Nya lagi :

قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم والله غفور رحيم

Maksudnya : ” katakanlah : sekiranya kamu kasihkan kepada Allah maka ikutlah aku. Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan buat kamu dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.-Al-Imran 31

 

Soalan : Berapakah syarat ibadat?

Jawapan : Syarat ibadat ada 3. Pertama : Keazaman yang betul yang merupakan syarat wujudnya ibadat. Kedua : Mengikhlaskan niat. Ketiga : Ibadat tersebut bertepatan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah yang mana ia tidak diberikan pembalasan melainkan dengan syarat ini. Syarat kedua dan ketiga merupakan 2 syarat penerimaan amal ibadat.

 

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan keazaman yang betul?

Jawapan : Maksudnya meninggalkan sikap malas dan bertangguh-tangguh. Berusaha bersungguh-sungguh agar perbuatannya bertepatan dengan percakapannya. Firman Allah :

يآيها الذين آمنوا لم تقولون ما لا تفعلون0 كبر مقتا عند الله أن تقولون ما لا تفعلون

Maksudnya : “wahai orang-orang yang beriman mengapakah kamu mengatakan perkara yang tidak kamu buat. Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan perkara yang tidak kamu buat” -As-Shof 2/3

 

Soalan : Apakah makna mengikhlaskan niat?

Jawapan : Mengikhlaskan niat ertinya menjadikan matlamat menuturkan perkataan dan melakukan amalan yang zahir dan batin ialah mengharapkan wajah Allah (mencapai keredhoan-Nya). Firman Allah :

وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء

Maksudnya : “dan mereka itu tidak diperintahkan melainkan untuk melakukan ibadat kepada Allah dengan mengikhlaskan amalan hanya kepada-Nya serta menjauhkan kesyirikkan”-Al-Bayyinah 5

Firman-Nya lagi :

وما لأحد عنده من نعمة تجزى الا ابتغاء وجه ربه الأعلى

Maksudnya: “dan tidak ada padanya nikmat yang perlu dibalas (melainkan dia telah membalasnya) melainkan untuk mendapatkan wajah Allah yang Maha Tinggi” - Surah Al-Lail 19/20.

Firman-Nya lagi :

انما نطعمكم لوجه الله لا نريد منكم جزاء ولا شكورا

Maksudnya: ” Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana wajah Allah. Kami tidak inginkan daripada kamu balasan atau pun ucapan terima kasih”- Al-Insan 9.

من كان يريد حرث الآخرة نزد له فى حرثه ومن كان يريد حرث الدنيا نؤته منها وما له فى الآخرة من نصيب

Maksudnya : “sesiapa yang inginkan ganjaran di akhirat maka Aku gandakan buatnya ganjarannya dan siapa yang inginkan balasan dunia maka Aku berikan kepadanya bahagiannya dan tidak ada baginya bahagian di hari akhirat” - As-Syura 20.

Juga ayat-ayat yang lain (yang menyatakan perkara yang sama)….

 

Soalan : Apakah syariat yang diperintahkan oleh Allah agar tidak dilakukan ibadat melainkan mengikut syariat tersebut?

Jawapan : Ia adalah agama Nabi Ibrahim yang hanif. Firman Allah :

ان الدين عند الله الاسلام

Maksudnya : “sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam”-Al-Imran 19

Firman-Nya lagi :

أفغير دين الله يبغون وله أسلم من فى السموات والأرض طوعا وكرها

Maksudnya : “adakah selain daripada agama Allah yang mereka cari sedangkan hanya kepada-Nya penghuni-penghuni di langit dan bumi menyerah diri dalam keadaan tunduk ataupun paksaan”-Al-Imran 83

ومن يرغب عن ملة ابرهيم الا من سفه نفسه

Maksudnya : “dan tidaklah orang yang bencikan kepada agama Ibrahim melainkan dia orang yang membodohkan dirinya sendiri”-Al-Baqarah 130

Firman-Nya lagi :

ومن يبتغ غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الآخرة من الخاسرين

Maksudnya : “sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama maka tidak akan diterima daripadanya dan dia di hari akhirat tergolong di dalam golongan yang rugi”-Al-Imran 85

Firman-Nya lagi :

أم لهم شركاء شرعوا لهم من الدين ما لم يأذن به الله

Maksudnya : “adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang membuat syariat di dalam agama untuk mereka dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah”-As-Syura 21

Last 5 posts in Aqidah

One Response to “Soal Jawab Aqidah-2”

  1. Amirullah Daming Says:

    saya mau tanya:

    Kalau gambar ka’bah dan menara mesjid dan orang orang tawaf yg berukuran 1,5 M x 1,5 Meter di Pajang tepat di depan Imam seolah olah P’a Imam Menyembah Gambar tsb apakah ini di Bolehkan dalam Islam ?

    Mohon penjelasan

Leave a Reply