Soal Jawab Aqidah-3

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Ustadz Abu Auzaie

 

Soal Jawab Akidah (3)

Soalan : Berapa martabat(tingkatan/tahap) agama Islam?

Jawapan : Martabat agama Islam ada 3 : Islam , Iman dan Ihsan. Setiap satu daripada 3 kalimah ini apabila diitlaqkan (disebutkan sendirian) maka ia merangkumi keseluruhan agama.

(Ertinya apabila disebutkan kalimah Islam sahaja maka ia merangkumi iman dan ihsan. Apabila disebut kalimah iman sahaja maka ia merangkumi Islam dan ihsan dan apabila disebut ihsan sahaja maka ia merangkumi Islam dan Iman)

Soalan : Apakah makna Islam?

Jawapan : Maknanya menyerah diri kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya, tunduk kepada-Nya dengan melakukan ketaatan dan membebaskan diri daripada kesyirikkan. Firman Allah :

ومن أحسن دينا ممن أسلم وجهه

Maksudnya ; “siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah..”

Firman-Nya lagi :

ومن يسلم وجهه الى الله وهو محسن فقد استمسك بالعروة الوثقى

Maksudnya : “dan sesiapa yang menyerahkan wajahnya kepada Allah dalam keadaan dia berbuat baik maka dia telah berpegang dengan ikatan yang teguh”.

Firman-Nya lagi :

فالهكم اله واحد فله أسلموا وبشر المخبتين

Maksudnya : “Ilah (Tuhan yang disembah) kamu merupakan Ilah yang satu maka hanya kepada-Nya hendaklah kamu menyerah diri. Berilah khabar gembira buat orang yang tunduk”.

Soalan : Apakah dalil penggunaan kalimah ini secara itlaq menunjukkan ia merangkumi keseluruhan agama?

Jawapan : Firman Allah :

ان الدين عند الله الاسلام

Maksudnya : “sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam”.

Sabda Rasulullah :

بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ

Maksudnya : “Islam itu datang dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing sebagaimana ia datang”-

Sabda Baginda :

أفضل الاسلام ايمان باالله

Maksudnya : “Islam yang paling utama adalah beriman dengan Allah”-

Dan banyak lagi nas-nas yang lain (yang menunjukkan bahawa Islam,Iman dan Ihsan membawa makna yang satu apabila diitlaqkan)

Soalan : Apakah dalil bahawa Islam itu diertikan dengan rukun yang 5.

Jawapan : Sabda Rasulullahصلى الله عليه وسلم ketika ditanya oleh Jibril tentang pengertian agama Islam :

الاسلام أن تشهد أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا

Maksudnya : “Islam ertinya kamu bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya kamu mampu mendapatkan ‘jalan’ untuk ke sana”.

Sabda Baginda :

بني الاسلام على خمس….

Maksudnya : “Islam itu dibina atas 5 perkara…”

Lalu Baginda menyebutkan 5 perkara di atas, cumanya didahulukan haji ke atas puasa di bulan Ramadhan. Kedua-dua hadis di dalam soheh Al-Bukhori dan soheh Muslim.

Soalan : Apakah kedudukan 2 kalimah syahadah di dalam agama?

Jawapan : Seseorang hamba tidak akan masuk ke dalam agama Islam melainkan dengan 2 kalimah ini. Firman Allah : 

انما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله..

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan rasul-Nya..”

Sabda Rasulullah :

أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا اله الا الله وأن محمدا عبده ورسوله

Maksudnya : “Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad merupakan hamba-Nya dan rasul-Nya”-

Banyak lagi hadis-hadis yang lain

Last 5 posts in Aqidah

3 Responses to “Soal Jawab Aqidah-3”

  1. ibnuromin aljakarty Says:

    Assalamualaikum, salam kenal ustadz ana dari indonesia..
    kapan bisa berkunjung ke jakarta mengisi taklim di masjid Al-I’tishom
    barokallohufiekum

  2. Abu Harits faishal Says:

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh,
    Alhamdulillah bisa berkunjung dan mengambil faedah ilmu dari saudar-saudaraku salafiyyin di malaysia. Perkenalkan kami dari Cirebon, Indonesia. Tinggal di sekitar Ma’had Dhiyaussunnah, Cirebon (di bawah bimbingan Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed), blog kami http://ittibausalafpress.blogspot.com/. Barakallahu fiikum atas ilmunya dan salam dari kami untuk salafiyyin Malaysia.
    Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

  3. abuwildan aljakarty Says:

    Bismillahirrohmanirrohim
    Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh
    Segala puji bagi Alloh Subhanahu wata’ala yang memudahkan bagi kita untuk memohon di tampakkan AL-HAQ sehingga dapat mengenal manhajul anbiyaa’ ini dan berada dalam barisan penegak, pembela, dan pencinta sunnah-sunnah Rosulullohi shollallohu alaihi wasallam setelah lama kita berada dalam kesesatan dan kebingungan yang dapat menjerumuskan kita ke jurang neraka Alloh Azza wajalla…wal ‘iyaa dzubillaah..
    Kami sampaikan salam ukhuwwah diatas assunnah untuk kalian Yaa Ikhwannunaa fie Malaysia dari kami saudara-saudara kalian di seputar JABOTABEK (JAKARTA-BOGOR-TANGERANG-BEKASI) yang setiap hari Sabtu pagi berkumpul untuk menghadiri Majlis Taklim Salafy di Masjid AL-I’TISHOM Jl.Jend.Sudirman (belakang Gedung ARTHALOKA/Shangrilla Hotel/Komplek Bank BNI 46) Apabila ada saudara kami dari malaysia yang sedang berkunjung di jakarta kami turut mengundang antum untuk turut serta menghadiri taklim salafy tersebut

    Barokallohufiekum

    Akhirul kalam
    Wassalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh

    Akhukum fillah

    ABUWILDAN ALJAKARTY 6221-959-444-53/6221-33-844-780

Leave a Reply