KELAS TAHFIZ AL-QURAN DAN KAJIAN ILMIYAH

بسم الله الرحمن

KELAS TAHFIZ AL-QURAN

DAN KAJIAN ILMIYAH

(LELAKI)

 

            Pihak kami mempelawa remaja-remaja yang mempunyai keinginan yang kuat untuk mempelajari Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman salafus soleh untuk mengikuti pengajian di tempat kami.

 

Matlamat

 

1.  Melahirkan pemuda-pemuda yang menghafal Al-Quran dan Hadis.

2.  Memberikan pengetahuan tentang tafsiran Al-Quran dan Hadis dengan merujuk

     kepada kitab-kitab yang mu’tabar.

3.  Mendidik mereka agar berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan

     kefahaman sahabat dan orang yang mengikuti jalan mereka.

 

Manhaj Pembelajaran

 

            Pembelajaran di sini akan menempuh beberapa peringkat. InsyaAllah peringkat pertama akan dimulakan tidak lama lagi yang mengambil masa satu tahun. Pelajar yang melepasi peringkat pertama akan mengikuti peringkat yang seterusnya. Antara mata pelajaran yang akan diajarkan pada peringkat ini adalah seperti berikut :

1.  Hafalan Al-Quran. Pelajar dikehendaki menghafal 10 juz dalam tempoh setahun

     atau sekurang-kurangnya 7 juz setengah berdasarkan kemampuan.

2.  Tafsir Juz 30. Kitab yang digunakan: Tafsir As-Sa’di

3.  Akidah : Matan Usul 3 dan Al-Akidah Al-Wasithiyah

4.  Bahasa Arab : At-Tuhfatus Saniyyah (Ilmu Nahu) dan Durus Al-Lughotil

     Arabiyah ( Kitab 1).

5.  Fiqh : Kitab Taisirul ‘Allam.

6.  Hadis 40

7.  Kaedah Penulisan : Kitab Qowaidul Imla’

8.  Akhlak  

 

 

Syarat Kemasukan

 

1.  Umur hendaklah tidak kurang daripada 13 tahun

2.  Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menulis arab dan rumi.

3.  Mempunyai akhlak yang baik dan keinginan yang kuat untuk menuntut ilmu

     agama.

4.  Berdisiplin : boleh mengikut peraturan dan tunjuk ajar.

5.  Menyediakan bayaran bulanan sebanyak RM 200, untuk sewa bangunan, makan-minum dan bil-bil (bagi yang layak, akan tetapi bagi yang tidak mampu menyediakan iuran tersebut maka tetap akan diterima insyaAllah)

 

6.  Lulus temuduga.

 

 

 

Jadual Pembelajaran

 

            Pembelajaran akan berlangsung sepanjang tahun insyaAllah. Cuti hanya akan berlangsung pada :

15 Ramadhan - 15 Syawal

5 Zulhijjah - 15 Zulhijjah

15 Robi’ul Akhir - 30 Robiul Akhir

 

* InsyaAllah pembelajaran akan bermula pada 16 Syawal 1430 H.

* Jadual harian akan diberikan setelah memasuki maahad

* Terhad kepada 10 orang pelajar sahaja (kecuali ada pertambahan tenaga pengajar)

* Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian insyaAllah.

* Sila daftar sebelum 15 Ramadhan 1430.

 

والله الموفق

Ustadz Abu Auzaie Zulhizam bin Mohd Hashim

Mobile: +60136754906

Pengelola

Kelas Tahfiz Al-Quran dan Kajian Ilmiyah

 

 

 

 

 

 

JADUAL HARIAN

 

   MASA  SUBUH  8.00-9.30  9.30-10.30  11.00-12.00  3.00-4.00  MAGHRIB  ISYA

HARI

ISNIN        MJH         HFL           AQ              BA             AKH         MJH          MJH

SELASA    MJH         HFL          AQ               BA             TLS          MJH          MJH

RABU        MJH         HFL          TSR             BA              FQH         MJH          MJH

KHAMIS   MJH         HFL          AQ               BA              HDS         MJH         MJH

JUMAAT   MJH            -                -                   -               SRH          MJH         MJH

SABTU      MJH         MJH          AQ              FQH              -             MJH          MJH

AHAD       MJH         HFL           HDS           TSR             ZKR         MJH          MJH

 

MJH : MUROJA’AH BERPASANGAN

HFL : HAFALAN

AQ :   AQIDAH

BA  :  BAHASA ARAB

AKH : AKHLAK

TLS  : KAEDAH PENULISAN

TSR  : TAFSIR

FQH  :  FIQH

HDS  :  HADIS

SRH  :  SIRAH

ZKR  :  AZKAR

One Response to “KELAS TAHFIZ AL-QURAN DAN KAJIAN ILMIYAH”

  1. Abu Abdul Hakim Says:

    Bismillah.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
    Buat Ust Aba Auzaie..apakah pengambilan pelajar utk kelas tahfiz al-qur’an dan aqidah masih dibuka?afwan..ana baru tahuharini setelah melayari website ini..
    adakah kelas tahfiz ini baru bermula?
    Atas jawabannya ana dahului dgn jazakamullahu khairan kaseera

Leave a Reply