Berjaga Jaga dalam Dien
بسم الله الرحمن
BERJAGA-JAGA DENGAN PEMBOHONG DIKALANGAN PARA DA’IE DAN ORANG YANG MENYERUPAI ORANG AWAM
Tulisan : Abul Khitab Fu’ad Ash-Shonhani.
Wahai Salafiyyun, berjaga-jagalah dengan golongan ini. Tidak boleh diambil ilmu daripada mereka. Mereka adalah pendakwah yang pembohong dan menyerupai orang awam.
الحمد لله وصلى الله على محمد وعلى آله وسلم وبعد :
Ulama’-ulama’ hadits telah menyebutkan tentang orang-orang yang boleh diambil ilmu daripada mereka dan yang tidak boleh diambil ilmu. Ini adalah kerana peri pentingnya perkara tersebut. Sesungguhnya telah tampil untuk berdakwah dan mengajar dikalangan mereka yang jahil, menyerupai orang awam ( golongan ini adalah ramai ), orang-orang fasiq, ahli bid’ah, golongan Hizbi baru dan lama dan pembawa-pembawa fitnah serta musibah. Golongan inilah yang menjadi ujian kepada Ahlus Sunnah secara umumnya dan kepada penduduk negeri kami khususnya.
Imam Bukhari dam Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab Shahih mereka daripada ‘Aisyah -radiallahu‘anha-, Rasulullah s.a.w membaca firman Allah :
( هُوَ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ ءَايَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِيْنَ فِي قُلُوْبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُوْنَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيْلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ إِلاَّ اللهُ وَالرَّاسِخُوْنَ ِفي الْعِلْمِ يَقُوْلُوْنَ ءَامَنَّا بِه كُلٌّ مِّنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلآَّ أُوْلُواْ الْأَلْبَابِ ) - آل عمران : 7
Lalu baginda berkata: “Apabila kamu melihat orang-orang mencari ayat yang mutasyabih, maka orang itulah yang dimaksudkan oleh Allah ‘azza wa jalla. Berjaga-jagalah dengan mereka”. Hadits ini mengandungi pentahziran terhadap golongan yang menampilkan diri di dalam ilmu dan mengajar serta serta memberi fatwa.Tidak boleh tidak mesti mengenali mereka.
Kata Imam An-Nawawi -rahimahullah- : Di dalam hadits ini mengandungi pentahziran daripada bercampur dengan golongan yang sesat, ahli bid’ah dan orang-orang yang mengambil perkara yang musykil untuk menimbulkan fitnah, maka janganlah disahut. Bahkan hendaklah dibentak dan dita’zir sebagaimana ‘Umar -radiallahu’anhu- menta’zir Shobigh ketika mana dia menanyakan tentang perkara yang mutasyabih.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah -radiallahu’anhu- katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipu daya. Pendusta pada waktu tersebut dipercayai dan orang bercakap benar didustakan. Pengkhianat dianggap amanah dan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Akan bercakap pada waktu tersebut golongan ruwaibidhah”. Lalu ditanyakan: Siapakah ruwaibidhah? Jawab Nabi s.a.w: “Si bodoh yang bercakap tentang urusan umat”. Ini merupakan sebahagian tanda-tanda Kiamat.
Kata Al-Hafidz Al-Khatib Al-Baghdadi -rahimahullah- yang meninggal dunia pada tahun 463 Hijrah didalam kitabnya “Al-Jami’ Li Akhlaq Ar-Rawi Wa Adabis Sami’ ” jilid: (1) m/s: (39): Imam Malik bin Anas -rahimahullah- berkata: Tidak boleh diambil ilmu daripada empat jenis manusia dan boleh diambil ilmu daripada selain mereka. Jangan kamu mengambil ilmu daripada orang yang bodoh yang menzahirkan kebodohan walaupun dia merupakan orang yang paling banyak meriwayatkan hadits, juga daripada pembohong yang berbohong apabila bercakap dengan manusia apabila didapati pembohongan ini pada dirinya walaupun dia tidak dituduh berbohong terhadap Rasulullah s.a.w. Dan jangan juga mengambil ilmu daripada pengikut hawa nafsu yang mengajak manusia kepadanya hawa nafsunya. Dan juga jangan mengambil ilmu daripada syaikh yang mempunyai kehormatan dan kuat beribadat sekiranya dia tidak mengetahui apa yang dia sampaikan.
Dikalangan orang yang tidak boleh diambil ilmu daripada mereka adalah:
1/ Si jahil yang tidak pernah diketahui pergi menuntut ilmu.
Kata Imam Malik -rahimahullah-: Jangan kamu mengambil ilmu daripada orang yang tidak diketahui pernah menuntut ilmu atau duduk bersama Ulama’.
Ibnu Abi Hatim -rahimahullah- meriwayatkan daripada Ibnu ‘Aun -radiallahu’anhu-, katanya: Tidak diambil ilmu ini melainkan daripada orang disaksikan sebagai pernah menuntut ilmu.
Kata Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah -rahimahullah-: Kejahilan merupakan sumber kerosakan. Semua kemudharatan yang menimpa seorang hamba di dunia dan di akhirat adalah kesan daripada kejahilan. Adalah satu kesalahan sangkaan sebahagian manusia bahawa si jahil itu adalah orang yang tidak pandai membaca dan menulis sahaja. Tidak syak lagi ini merupakan kefahaman yang sempit kerana yang dimaksudkan dengan si jahil menurut hadits dan atsar Salafus Shalih ialah semua orang yang bercakap tentang agama tanpa ilmu walaupun dia petah berkata-kata, walaupun dia mengajar dan menulis kitab dan walaupun dia merupakan seorang pemidato yang hebat. Kalimah jahil juga merangkumi pengikut-pengikut hawa nafsu dan ahli bida’ah. Mereka adalah orang-orang yang jahil yang tidak boleh diambil ilmu daripada mereka. Semua orang bercakap tentang agama Allah tabaraka wata’ala tanpa ilmu maka dia adalah jahil.
Kata Syaikh Shalih Al-Fauzan -hafizahullah-: Tidak boleh mengambil ilmu daripada orang yang jahil walaupun mereka berlagak sebagai penuntut ilmu.
Makna berlagak sebagai penuntut ilmu ialah orang yang menampilkan diri untuk mengajar manusia sedangkan mereka jahil tentang agama Allah. Orang seperti ini tidak boleh langsung diambil ilmu daripada mereka. Kalau mereka memberi fatwa, tidak boleh dirujuk kepada mereka. Golongan yang seterusnya ialah pengikut-pengikut hawa nafsu dan ahli bida’ah. Ini termasuk golongan Khawarij, ahli Sufi dan kesemua jama’ah semasa yang menyelisihi kitab dan sunnah seperti Jama’ah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin.
2/ Pembohong lebih-lebih lagi terhadap ulama’. Tidak boleh mengambil ilmu daripada pembohong yang berbohong di dalam percakapannya dengan manusia apabila ditemui sifat ini padanya (Ya, kami telah menempuhi perkara ini banyak kali). Bahkan pembohong, pembawa fitnah dan talam dua muka. Seburuk-buruk manusia adalah orang yang mempunyai dua wajah. Satu wajah ketika disisi ulama’. Mereka mengatakan: Kami bersama kamu. Dan apabila bersunyian dengan teman-temannya, dia mengatakan pula: Sesungguhnya kami bersama kamu.
3/ Orang yang fasiq. Yang dimaksudkan dengan orang yang fasiq ialah ahli-ahli maksiat dan pelaku dosa walaupun dia mempunyai sedikit ilmu, walaupun dia mempunyai banyak ilmu. Ini kerana Salafus Shalih mentahzir daripada orang-orang yang fasiq. Kenapa? Ini kerana orang yang fasiq tidak mempunyai sifat wara’ daripada perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Orang seperti ini mendatangkan fitnah kepada manusia dengan perbuatannya dan keadaan dirinya seperti orang yang bercampur dengan wanita, menjadi batu api,membawa fitnah, buruk perangainya dan yang lain-lain lagi. Oleh itu, Imam Sufyan Ats-Tsauri -rahimahullah- berkata: Takutkanlah kamu kepada fitnah, dari ahli ibadat yang jahil dan ulama’ yang fasiq. Ini kerana kedua-duanya adalah fitnah kepada orang-orang yang mudah tergoda. Apabila manusia melihat seseorang yang tampil di dalam ilmu mengajar bersama-sama wanita, mereka akan melakukan sepertinya dan berhujjah dengannya. Apabila melihat orang-orang yang tampil di dalam ilmu melabuhkan pakaiannya (mushbil), maka mereka pun melabuhkan pakaian mereka. Jelas… apabila mereka melihat orang yang tampil di dalam ilmu mendengar lagu, maka mereka pun melakukannya.Orang yang fasiq tidak boleh langsung diambil ilmu daripada mereka menurut ulama’.
4/ Mubtadi’. Iaitu orang yang mengikuti hawa nafsunya yang menyeru kepada bida’ah.
5/ Lelaki yang banyak kesalahan dan kesilapan.
6/ Orang yang bercakap tentang semua perkara yang dia dengar.
7/ Orang yang menukilkan ucapan daripada kesemua orang.
8/ Banyak kesilapan di dalam percakapannya. Orang seperti ini hendaklah ditinggalkan haditsnya.
9/ Orang yang banyak meriwayatkan daripada mereka yang dikenali perkara yang tidak dikenali pada orang tersebut.
10/ Orang yang tidak dikenali (majhul).
Kata Imam Ibnu Sirin -rahimahullah-: Mereka dahulunya tidak bertanya tentang sanad. Apabila berlakunya fitnah mereka pun berkata: Sebutkan kepada kami rijal-rijal kamu, maka dilihat kepada Ahlus Sunnah lalu diambil percakapan mereka dan dilihat kepada Ahli Bida’ah lalu ditinggalkan percakapan mereka.
11/ Orang yang melampau di dalam kesilapannya. Tidak mentohmah dirinya sendiri ketika orang-orang yang lain bersepakat di atas satu perkara yang bertentangan dengan pegangannya.
12/ Orang bodoh yang menzahirkan kebodohannya walaupun dia paling banyak meriwayatkan hadits.
13/ Syaikh yang mempunyai kehormatan dan kuat ibadah akan tetapi dia tidak mengetahui tentang hadits.
14/ Golongan zindiq.
Kata ulama’ tentang mereka: Golongan zindiq telah mencipta dua belas ribu hadits palsu tentang Rasulullah s.a.w.
Penterjemah: Ustadz Abu Auzaie
Sumber : www.aloloom.net
Last 5 posts in Manhaj
- Taat Kepada Pemerintah Dalam Perkara Ma'ruf - November 5th, 2009
- Asas Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah-3 - April 8th, 2009
- Asas Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah-2 - March 7th, 2009
- Asas Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah-1 - February 23rd, 2009
- Wasiat Rasulullah - February 13th, 2009